Monday, January 26, 2009

Eloklah Azmin Ali Ganti Khalid Ibrahim

MB Selangor Khalid Ibrahim kata dia akan dedah semua keburukan Khir Toyo. Marah betul Khalid kepada Khir kerana tunjukkan kesalahan Khalid dalam pembelian lembu. Itulah cara politik Khalid. Bukan nak jawab tuduhan, tetapi serang balik orang yang tuduh. Cara politik lama. Eloklah kalau Azmin Ali jadi MB Selangor. Dia lebih layak, dan lebih progresif berbanding Khalid. Politik Khalid politik 60-an. Kalau Khalid terus jadi MB Selangor, bertambah cacamerba!

Sunday, January 25, 2009

PKR Macam Reject Shop

Seronok sungguh penyokong Pakatan Rakyat apabila ADUN Bota, Nasarudin Hashim masuk PKR. Kalau ADUN tu menang Ketua UMNO Bahagian Parit baru-baru ni, cerita masuk PKR tak timbul. Dah kalah 17 undi, melompat sakan le dia. Begitu juga kalau sambung jadi Pengerusi Felcra. Itulah perjuangan "tokoh baru" PKR ni. Dah, PKR macam reject shop, makin cacamerba!

Saturday, January 24, 2009

Blog Ni Cacamerba

Nama blog ni CACAMERBA. Tulisan pun cacamerba. Saya akan tulis apa yang saya nak tulis. Nak baca, baca. Tak nak baca, sudah!

cacamerba © 2008. This blog is wearing Sederhana, a free XML Blogger Template adopted from Oh My Grid - WP theme by Thomas Arie
Converted to Blogger by Gre [Template-Godown]